Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


     Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif atau matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbahagi kepada dua iaitu objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, dan menghargai sesuatu yang telah diajar. Objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan. Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan, dan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Isi ringkas rancangan pengajaran adalah berdasarkan sukatan  kebangsaan.

     Komponen P&P merupakan elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah objektif pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai, bahan bantu pengajaran, maklum balas pelajar dan penilaian. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks, buku rujukan, buku latihan, lampiran nota, alat audio visual, LCD, computer atau TV, peta atau gambar rajah, bahan atau alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran. Proses P&P bermula dengan Pelaksanaan P&P Set Induksi yang merupakan angkah permulaan dalam proses P&P. Tujuannya adalah untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar. Teknik yang digunakan ialah soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi. Seterusnya, Perkembangan P&P iaitu penyampaian isi pelajaran. Teknik penyampaian guru dan teknik Menyoal digunakan pada tahap ini. Penggabungjalinan, penyerapan, pengukuhan dan pengayaan turut dilaksanakan. Pemulihan dan penilaian dilaksanakan berdasarkan hasil pembelajaran murid.

     Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenarProgram Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu.Program Praktikum menyediakan peluang bagi guru pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI. 

Rujukan

1.      Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
2.  Laporan 13, Pengurusan Alam Pembelajaran (2018) Pengurusan Alam Pembelajaran (2015).   Diperolehi daripadahttps://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/

3.    Shaarai, L. F. (2012). Penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian air dalam kalangan murid-murid.

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


     Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.  Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Di samping itu, bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.  Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.

       Selain itu, terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’. Kepentingan Perkongsian ialah masyarakat dan Sekolah adalah saling memerlukanSekolahberperanan sebagai agen perubahan masyarakat. Di samping itu, masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga dan budaya adalah hak masyarakat.  

   Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan masyarakat iaitu melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999). Seterusnya, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru dan bersemangat serta berasa selesa ketika bertugas. Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Rujukan

1.  Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)
        (www. moe. gov. my).
    2. Nur Asmidar. Sekolah dan Persekitaran. Dimuat turun daripada                                                              https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/ (30 Oktober 2018) Ahmad Zabidi Abdul    Razak .

  3.     Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00005891_84628_63564.pdf  (30 Oktober 2018)

BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


      Program-program pendidikan yang menggunakan kaedah-kaedah khusus dan sesuai untuk memenuhi keperluan-keperluan perkembangan fizikal, intelek, emosi dan sosial individu-individu yang berkeperluan khas. Program pemulihan merupakan “satu program pendidikan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Murid pemulihan merupakan “Murid yang menghadapi kesukaran dalam penguasaan kemahiran asas 3M disebabkan oleh faktor persekitaran dan bukan kognitif”. Konsep Pemulihan mengutamakan prinsip ‘menyelesaikan masalah seawal mungkin’ supaya tidak kronik. Perbezaan minat, pengalaman, bakat dan gaya belajar mengakibatkan segolongan mereka lebih lambat menguasai sesuatu kemahiran berbanding rakan sebayanyaMelalui program pemulihan khusus, keperluan–keperluan murid berpencapaian rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi.Peranan Guru ialah menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang berlainan mengikut personaliti murid dan membentuk personaliti baik dalam diri setiap orang murid.


      Penggayaan bermaksud memberi aktiviti tambahan kepada murid yang dapat menguasai satu-satu kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada itu. Murid-murid dapat meluaskan pengetahuan berhubung dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan unit pembelajaran secara mendatar. Konsep penggayaan ialah melibatkan murid-murid yang berpencapaian melebihi sederhana dalam penguasaan kemahiran asas, dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas di dalam atau luar kelas dan bercorak  belajar sendiri dan bimbingan guru pada tahap minima.
    

   Objektif penggayaan membolehkan murid menjalani aktiviti yang lebih mencabar kebolehan mereka disamping menambahkan minat dan pengalaman yang dapat membantu mereka ke arah perkembangan diri dan bakat mereka. Pengayaan (mendatar) adalah aktiviti yang berdasarkan kepada kebolehan murid dalam sesuatu kumpulan. Pengayaan (menegak) adalah aktiviti yang berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Murid berkeperluan khas merupakan individu yang berbeza dari segi sosial atau komuniti yang normal. Perbezaan ini mungkin disebabkan oleh ciri-ciri fizikal, deria, kognitif atau tingkah laku yang signifikan. Kebanyakan kanak-kanak ini mungkin memerlukan program pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan unik mereka "-Garciulo (2003).


   Teori kecerdasan pelbagai telah diasaskan oleh Dr Howard Gardner pada tahun 1983. Menurut beliau kecerdasan bukanlah diwarisi melalui keturunan semata-mata tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor pemakanan, budaya, persekitaran, peluang pendidikan dan suasana pembelajaran. Beliau telah memperkenalkan  9 jenis kecerdasan untuk mengukur tahap kecerdasan individu. Kecerdasan Logik-Matematik. Pelajar mempunyai kelebihan dalam matematik. Golongan yang mempunyai pemikiran yang saintifik, pemikiran secara heuristik, induktif dan deduktif, membuat inferens, generalisasi, perhitungan dan pengujian hipotesis. Kemahiran dominan di bahagian otak kiri memungkinkan seseorang itu berfikir secara konseptual dan abstrak.  Selain itu, kecerdasan Verbal-Linguistik. Golongan ini mempunyai kebolehan dalam menggunakan bahasa dan kata-kata dalam menyampaikan sesuatu sama ada melalui lisan atau penulisan. Individu memahami bahasa yang kompleks selain lebih sensitif dan peka terhadap sesuatu perkataan serta mahir dalam memanipulasikan ayat, tatabahasa atau struktur bahasa, fonologi iaitu unsur bunyi, semantik iaitu makna bahasa, pragmatik iaitu penggunaan bahasa, dan pengucapan awam.


   Seterusnya, kecerdasan muzik iaitu golongan ini mempunyai kebolehan dalam bidang muzik sama ada menggemari, mendiskriminasi, mengekspresi, mempersepsi, membeza, mengubah dan meluahkan perasaan melalui muzik. Peka terhadap bunyi nonverbal iaitu bunyian daripada alam semulajadi seperti binatang, guruh dan angin.Kecerdasan muzikal ini mempunyai hubungan yang paralel dengan kecerdasan bahasa. Kecerdasan Kinestetik Badan menjadikan individu jenis ini mempunyai kelebihan dalam menggunakan badan mereka sama ada sebahagian atau keseluruhannya dalam berkomunikasi dan menyelesaikan masalah yang mereka hadapi., mempunyai kebolehan dalam meluahkan idea atau perasaan melalui tubuh badan mereka dan mereka juga bijak dalam mengimbangi pergerakan fizikal dan mental. Golongan yang mempunyai kecerdasan interpersonal ini berkebolehan dalam berkomunikasi dan berinteraksi dengan baik. Mereka berkemampuan dalam memahami dan membezakan perasaan, keinginan hati, hasrat dan tabiat orang lain. Di samping itu, mudah bergaul dalam kelompok sosial dan mudah menyesuaikan diri dalam pelbagai situasi yang ada. Kecerdasan Intrapersonal mempunyai kebolehan dalam menilai diri sendiri dan mempunyai gambaran yang tepat tentang diri sendiri. Mereka berupaya dalam memperbaiki diri mereka kearah kehidupan yang lebih baik, mampu menentukan hala tuju hidup mereka serta sangat berdisiplin dan mampu hidup berdikari serta suka bersendirian dalam melakukan sesuatu perkara.


   Individu yang mempunyai Kecerdasan Ruang Visual ini memahami hubungan antara objek dengan ruang dan mampu mencipta imaginasi yang agak tinggi. Peka terhadap warna, garisan, bentuk, corak dan ruang dalam kawasan persekitaran mereka. Mereka juga mampu berfikir di luar kotak malah berkeupayaan dalam membuat persepsi atau penilaian alam sekitar dengan tepat . Seterusnya, Kecerdasan Naturalis mempunyai kebolehan dalam mengenal pasti, mengkategori pola, corak atau bentuk yang ada pada alam sekeliling. Golongan yang sangat sukakan alam sekeliling dan sangat selesa berada bersama alam terbuka serta sangat sensitif terhadap isu-isu mengenai alam sekitar global, isu kemanusian dan isu sejagat serta meminati unsur kejadian alam. Kecerdasan Eksistensialis mempunyai persoalan-persoalan yang timbul tentang kehidupan realiti yang sering dilalui oleh golongan manusia. Golongan ini sangat gemar membaca buku-buku falsafah bagi menjawab setiap persoalan yang muncul dalam fikiran mereka. Golongan ini juga cenderung untuk menelaah nilai-nilai yang berkembang dalam kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai moden yang berkembang pada masa kini.

          
   Pelajar-pelajar pelbagai upaya memerlukan pengajaran pada kelajuan yang sesuai, kerja kognitif yang berpatutan, standard prestasi yang realistic dan peluang sesuai untuk mereka mencapai potensinya. Walau bagaimanapun kanak-kanak pintar cerdas tidak seharusnya diasingkan dengan kanak-kanak normal kerana kita tidak boleh wujudkan pengasingan social (social isolation) kepada mereka. Kesedaran sosial datang bersama pengalaman. Menurut Leinhard & Pallay (1982), persekitaran yang sesuai untuk perkembangan potensi pelajar pintar cerdas adalah seperti kelas yang kecil (10-15 murid), masa ditingkatkan untuk aktiviti kognitif, kelajuan yang sesuai, dan peningkatan masa pengajaran guru, memberi tugasan yang bersesuaian banyak dan tumpuan kepada kognitif di dalam pembelajaran.

Rujukan

     1.      Ekins, A. (2015). The Changing Face of Special Educational Needs : Impacts and Implications             for sencos, teachers and their Schools. New York. Routledge Publisher
            
     2.      Pengurusan Program Pendidikan Inklusif bagi Murid Bermasalah Pembelajaran : Kajian Secara         Naratif Inkuiri. Jurnal Pengurusan Penyelidikan. Isu 1. Bil.3 (hlm.38-52) Dimuat turun daripada          (30 Oktober 2018) http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/40187/4.pdf
         

    3.      Fong, C. E. (2018). Dari Pendidikan Khas ke Pendidikan Pemulihan: Dua Program Masalah                 Pembelajaaran.