Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 11: PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH


     Kokurikulum ialah satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang tersusun dan terancang yang sebahagian besar aktivitinya dilakukan di luar bilik darjah. Kokurikulum merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan setiap pelajar harus melibatkan diri. Kokurikulum boleh dijalankan di dalam dan juga luar bilik darjah mengikut kesesuaian aktiviti. Matlamat kokurikulum ialah menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan, menyeimbangkan antara perkembangan mental, perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid. Selain itu, mengukuhkan perhubungan dan pergaulan antara sekolah-sekolah, membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi. Di samping itu, membina dan meningkatkan disiplin murid, mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

    Strategi pengurusan kokurikulum di sekolah ialah melibatkan semua murid dari pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum bagi memupuk perpaduan, menganjurkan program yang melibatkan keseluruh warga sekolah, memberi penghargaan kepada mereka yang aktif dan menyumbang kepada pembangunan kokurikulum sekolah, mengadakan aktiviti yang melibatkan masyarakat, mengadakan aktiviti yang menarik seperti pertandingan serta lawatan, dan sentiasa merekodkan dan menilai kemajuan aktoviti koko yang dijalankan. Langkah pelaksanaan kokurikulum ialah semua pelajar diwajibkan menyertai kegiatan kokurikulum. Pelajar hendaklah mendaftar dalam setiap unit kokurikulum. Selain itu, pelajar dikehendaki mengikuti setiap pertemuan dan kegiatan aktiviti yang telah dijalankan. Segala aktiviti, pencapaian dan jawatan yang disandang perlu direkodkan dalam buku log. Aspek penilaian gred kokurikulum berdasarkan kehadiran, penglibatan, pencapaian, jawatan disandang, sumbangan dan pengiktirafan.

Rujukan

  1.      School Culture Rewired: How to Define, Assess, and Transform It. Virginia, USA:                         ASCD Nur Fadilah Abdul Basit, Isa Hamzah, Harun Baharudin. (2017).

    2.      Strategi Kognitif dalam  Pembelajaran Kosa Kata Bahasa Arab. Journal of Advanced Research in Social and Behavioural Sciences 6, Issue 1, 41-51 Nur Fazihan Faiz Kamaruzaman. (2013). Budaya  sekolah.

     3.      Diperoleh daripada
     URL : https://www.slideshare.net/nurfazihanfaizkamaruzaman/budaya-   

     sekolah 21197380 Suresh   Kumar N Vellymalay. (2016).

No comments:

Post a Comment