Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


     Hubungan sekolah dan masyarakat merupakan suatu bentuk jaringan yang kompleks. Interaksi sekolah berlaku secara tiga dimensi interaksi dalam sekolah dan tiga dimensi interaksi luar sekolah.  Di sekolah, tiga pihak yang secara langsung terlibat dalam jalinan interaksi ialah pihak pentadbir, guru, murid. Tiga dimensi interaksi dengan pihak luar melibatkan sekolah, ibu bapa, dan komuniti dalam masyarakat. Terdapat hubungan antara faktor-faktor luar sekolah dengan faktor-faktor dalaman sekolah. Misalnya, faktor-faktor seperti kelas sosial, etnik, dan gender, mempengaruhi corak pembelajaran dan sahsiah murid di sekolah. Faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru, dan bentuk interaksi yang berlaku menyumbang kepada pencapaian dan sahsiah murid di sekolah. Di samping itu, bagi interaksi dalaman sekolah, situasi pengajaran dan pembelajaran ditentukan oleh kepimpinan yang berkesan. Kepimpinan yang berkesan mampu mencapai matlamat masyarakat terutama dari segi pencapaian akademik dan sahsiah.  Pengetua harus mempunyai interaksi yang positif dengan guru-guru dan begitulah sebaliknya.

       Selain itu, terdapat bentuk-bentuk hubungan interaksi antara pihak sekolah dengan pihak-pihak di luar sekolah terutamanya ibu bapa, penjaga, komuniti-komuniti dalam masyarakat. Pengetua adalah individu yang secara idealnya perlu merintis pembinaan hubungan yang baik dengan luar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru lain di sekolah.Misalnya, interaksi yang baik dalam PIBG dapat membantu menjayakan program-program sekolah. Pengetua boleh melibatkan komuniti-komuniti sekitar dalam menjayakan aktiviti-aktivitinya. Masyarakat juga akan memiliki ‘sense of belonging’ dan collegiality’ dalam mencapai sekolah yang mempunyai ciri ‘effectiveness, continues improvement and sustainable change’. Kepentingan Perkongsian ialah masyarakat dan Sekolah adalah saling memerlukanSekolahberperanan sebagai agen perubahan masyarakat. Di samping itu, masalah masyarakat merupakan masalah sekolah juga dan budaya adalah hak masyarakat.  

   Sekolah yang selamat memerlukan penglibatan masyarakat iaitu melalui penubuhan kelab Pencegahan Jenayah pula, hubungan kerjasama antara sekolah, PIBG dan pihak polis dapat dijalin untuk membanteras perbuatan jenayah seperti gengsterisme sama ada di dalam atau di luar sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1999). Seterusnya, ibu bapa hendaklah menjadi role model kepada anak. Salah satu peranan yang boleh dimainkan oleh PIBG adalah sebagai orang tengah antara guru dan ibu bapa. Tindakan PIBG membela nasib guru dan bersemangat serta berasa selesa ketika bertugas. Hubungan dan kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan yang saling memerlukan ibarat  aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah dan melahirkan masyarakat yang bersatu padu.

Rujukan

1.  Malaysia, K. P. (2013). Pelan pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025. Online)
        (www. moe. gov. my).
    2. Nur Asmidar. Sekolah dan Persekitaran. Dimuat turun daripada                                                              https://prezi.com/wreexehqehkl/sekolah-dan-persekitaran/ (30 Oktober 2018) Ahmad Zabidi Abdul    Razak .

  3.     Ciri Iklim Sekolah Berkesan: Implikasinya Terhadap Motivasi Pembelajaran. Dimuat turun daripada https://umexpert.um.edu.my/file/publication/00005891_84628_63564.pdf  (30 Oktober 2018)

No comments:

Post a Comment