Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


     Keperluan perancangan pengajaran dan pembelajaran adalah untuk memenuhi masa yang diperuntukan menepati kehendak objektif atau matlamat, berkesan sepanjang waktu pengajaran menarik perhatian dan tidak membosankan. Objektif pengajaran terbahagi kepada dua iaitu objektif implisit melibatkan perubahan tingkah laku yang ketara seperti memahami, mengetahui, dan menghargai sesuatu yang telah diajar. Objektif eksplisit melibatkan perubahan tingkah laku yang boleh dilihat seperti menyenaraikan, menjelaskan, memberikan contoh dan menunjukkan cara yang betul terhadap apa yang telah diajarkan. Buku rekod mengajar merupakan buku himpunan pelan tindakan guru sebelum mengajar. Berdasarkan SPI Bil 3/1999. Buku rekod mengajar wajib mengandungi dua perkara penting iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan, dan Rancangan berdasarkan taqwim minggu persekolahan. Isi ringkas rancangan pengajaran adalah berdasarkan sukatan  kebangsaan.

     Komponen P&P merupakan elemen-elemen yang perlu diambil kira dalam merekabentuk pengajaran ialah objektif pengajaran, strategi pengajaran yang sesuai, bahan bantu pengajaran, maklum balas pelajar dan penilaian. Sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran ialah bahan yang digunakan semasa proses P&P seperti buku teks, buku rujukan, buku latihan, lampiran nota, alat audio visual, LCD, computer atau TV, peta atau gambar rajah, bahan atau alat bantu mengajar menghidupkan suasana pembelajaran. Proses P&P bermula dengan Pelaksanaan P&P Set Induksi yang merupakan angkah permulaan dalam proses P&P. Tujuannya adalah untuk menghasilkan aliran pemikiran dan meransang minat pelajar. Teknik yang digunakan ialah soalan, kejutan, kaitan dengan pelajaran lalu, isu semasa yang berkaitan, gambar atau bunyi. Seterusnya, Perkembangan P&P iaitu penyampaian isi pelajaran. Teknik penyampaian guru dan teknik Menyoal digunakan pada tahap ini. Penggabungjalinan, penyerapan, pengukuhan dan pengayaan turut dilaksanakan. Pemulihan dan penilaian dilaksanakan berdasarkan hasil pembelajaran murid.

     Program Praktikum bermatlamat untuk melaksanakan amalan latihan pengajaran dan pembelajaran di sekolah dalam situasi sebenarProgram Praktikum juga menyediakan peluang kepada guru pelatih mengaplikasikan ilmu.Program Praktikum menyediakan peluang bagi guru pelatih mempraktikkan teori pengajaran dan pembelajaran yang telah dipelajari di UPSI. 

Rujukan

1.      Eng, J. A. J. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi mewujudkan komuniti pembelajaran berkesan. PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
2.  Laporan 13, Pengurusan Alam Pembelajaran (2018) Pengurusan Alam Pembelajaran (2015).   Diperolehi daripadahttps://prezi.com/kfa6tzvhhdjf/pengurusan-alam-pembelajaran/

3.    Shaarai, L. F. (2012). Penggunaan strip komik bagi meningkatkan pencapaian air dalam kalangan murid-murid.

No comments:

Post a Comment