Followers

Friday 19 April 2019

BAB 2 : INTERAKSI DAN PEMBELAJARAN






         Teori-teori Perkembangan Manusia telah dipelopori oleh beberapa orang pakar psikologi iaitu Sigmund Freud (1856 – 1939), Erik Erikson (1902 – 1994) dan Jean Piaget (1896 -1980). Di samping itu,  teori-teori Perkembangan Manusia juga turut dipelopori oleh pakar sosiologi seperti Charles Cooley (1864–1929) dan George Herbert Mead (1863–1931). Tingkah laku seorang individu terbentuk oleh akal fikirannya sendiri dan peranan masyarakat sekeliling.Sosialisasi merupakan proses mempelajari peranan, status dan nilai yang perlu ada pada seseorang dalam institusi sosial. Sosialisasi juga merupakan satu proses pembelajaran berterusan. Sosialisasi bermula dari pemindahan norma atau nilai dalam keluarga dan budayaPerkara yang dipelajari ketika kanak-kanak akan menjadi pendirian atau konsep. Semakin dewasa, manusia mempelajari lebih banyak hasil dari interaksi. 

       Selain itu, terdapat beberapa jenis sosialisasi iaitu primer atau permulaan, sekunder atau penyertaan dan resosialisasi. Sosialisasi primer (permulaan) ini berlaku dalam keluarga di mana kanak-kanak belajar membina konsep diri, personaliti, kemahiran motor, penaakulan, dan kemahiran bahasa. Sosialisasi sekunder atau penyertaan berlaku di luar lingkungan keluarga. Pemindahan nilai oleh agen sosialisasi seperti rakan sebaya, guru, media massa. Sosialisasi primer dan sekunder merupakan sosialisasi normal. Resosialisasi pula ialah proses individu menukar kepercayaan, moral, dan nilai sedia ada. Perkaitan antara sosialisasi dan pendidikan ialah sosialisasi sebagai matlamat pendidikan di Malaysia. Guru dan rakan sebagai agen sosialisasi. Di samping itu, sosialisasi berlaku melaluiinteraksi sosial antara seorang individu murid dengan guru dan rakan. Interaksi sosial secara umumnya berlaku di sekolah dan dalam bilik darjah semasa pembelajaran khususnya. 

      Guru menjadi suri teladan kepada murid kerana guru merupakan seorang yang mempunyai pengetahuan yang luas, mempunyai sifat kepimpinan, mempunyai tingkah laku dan penampilan yang baik. Dinamika bilik darjah terjadi apabila terdapat pembentukan kumpulan-kumpulan kecil yang mempunyai ciri, nilai, tingkah laku, dan minat yang sama. Kajian sosiometri dijalankan untuk mengenal pasti pola interaksi dan persahabatan dalam bilik darjah seperti untuk mengetahui sama ada terdapat murid yang disukai atau paling berpengaruh, kewujudan kelompok-kelompok kecil yang rapat dan murid terpinggir dan tidak disukai. Faktor yang mempengaruhi pembentukan dinamika dalam bilik darjah ialah jantina, bangsa, agama, status sosioekonomi, pencapaian akademik, personaliti, dan gaya pembelajaran. Peranan guru dalam dinamika kumpulan ialah mengenal pasti bentuk dinamika kumpulan dalam bilik darjah, memberi perhatian kepada kumpulan murid yang terpinggir atau tidak disukai, menggunakan kuasa penularan, bimbing kumpulan untuk membentuk ciri-ciri yang diingini dan guru sendiri bertindak sebagai model. 

       Seterusnya, terdapat tiga jenis interaksi iaitu interaksi sehala, interaksi dua hala dan interaksi kumpulan. Cara membentuk interaksi yang sihat dalam pembelajaran ialah mengamalkan sistem demokratik dalam proses pembelajaran, penyoalan dalam pengajaran, mempelbagaikan aktiviti pembelajaran, menggunakan kaedah pembelajaran koperatif, menggalakkan pembelajaran dalam kumpulan kecil, dan memupuk sikap yang betul terhadap interaksi.

Rujukan 


Mohamad Hisyam Mohd Hashim. (2006). Interaksi Dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran             Satu Kajian Kes. Tanjong Malim : Fakulti Sains Kognitif Dan Pembangunan Manusia.

Piaget, Jean. (1997). The Moral Judgment of the child. New York: Free Press Paperback.

Kamaruddin Husin. (1997). Psikologi bilik darjah: asas pedagogi. Kuala Lumpur : Utusan                      Publications & Sdn Bhd.


No comments:

Post a Comment