Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI




        Pengetua berada di hierarki teratas dalam struktur organisasi di sekolah. Pengetua bertanggungjawab dalam peningkatan Kurikulum dan Kokurikulum serta memastikan  pelaksanaannya selaras dengan dasar Kementerian Pelajaran, bertanggungjawab dalam hal pengurusan, pentadbiran dan kewangan sekolah serta mewujudkan hubungan dua hala dengan komuniti dan agensi-agensi luar. GPK Pentadbiran (GPK 1) menjalankan  tugas Pengetua semasa ketiadaannya, bertanggungjawab kepada Pengetua dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan. 
         Di samping itu GPK 1 berperanan membantu Pengetua menyelia dan menilai proses pengajaran serta membantu Pengetua dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah. Guru Kanan Mata pelajaran meupakan ketua bidang mata pelajaran, lantikan oleh Jabatan Pendidikan Negeri, melibatkan elaun khas guru kanan dan berperanan untuk menyelaras aktiviti P&P dengan berkesan, penyelaras panitia bidang mata pelajarannya, mentadbir & mengurus kurikulum bidang mata pelajarannya ,pengurus stor & inventori bidang mata pelajarannya dan kemajuan staf akademik & bukan akademik dalam bidang mata pelajarannya

          Kaunselor menolong pelajar untuk memahami dirinya dalam hubungannya dengan dunia sosial dan psikologi di tempat pelajar berada untuk memahami sikapminat, bakat, kebolehan dan peluang-peluang untuk penyempurnaan kendiri pelajar.


Rujukan

Sharifah Md. Nor (2000). Keberkesanan sekolah: Satu Perspektif sosiologi. Serdang:                  Universiti Putra Malaysia.

Nurul Hudani Md. Nawi (2009). Teori-teori Kepimpinan Dalam Psikologi Industri Dan                 Organisasi. Sabah: Penerbit Universiti Malaysia Sabah.

       Ibrahim Mamat (1993). Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis. Kuala Lumpur:                       Kumpulan Budiman.



No comments:

Post a Comment