Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 5 : PENGURUSAN MURID


       Guru perlu merujuk Pekeliling ikhtisas KPM Bil. 9/1978: Kad Rekod Persekolahan (Pupil’s Cumulative Record Card) bagi menguruskan kad rekod murid dengan berkesan. Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Rendah 001R (Warna kuning) manakala Kad Rekod Persekolahan Murid Sekolah Menengah 001M (Warna biru). Kad ini hendaklah digunakan untuk setiap murid sehingga tamat persekolahan. Kad rekod murid perlu dikemas kini dari semasa ke semasa oleh guru kelas iaitu disiapkan selewat-lewatnya minggu ke-2 Januari. Di samping itu, terdapat beberapa inovasi penyimpanan rekod murid iaitu pada tahun 1978 pelaksanaan Kad 001.
      Pada tahun 2005 pelaksanaan Sistem Maklumat Murid (SMM), Ms Access, Stand-alone dan offline. Selain itu, pada tahun 2012 pelaksanaan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM), Online, Sharing dengan ibu bapa dan dihubungkan dengan KPM, JPN, SAPS, dan SSPBS. Pada tahun 2015 pelaksanaan Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Modul Pengurusan Sekolah – EMIS,Modul Pengurusan Murid – APDM – e-Kehadiran & maklumat Murid dan Modul Pengurusan Guru – e-operasi. Pekeliling Ikhtisas KPM Bil. 1/2017: Pemansuhan Kad Rekod Persekolahan 001R dan 001M telah dikeluarkan. Pemansuhan penggunaan kad 001 bermula 1 Januari 2017. Semua maklumat murid disimpan dalam talian.

        Peranan guru kelas adalah untuk mengisi dan mengemas kini maklumat murid, ibu bapa dan penjaga. Guru kelas perlu memastikan murid keluar masuk sekolah dikemas kini, menyemak dan membetulkan ralat. Guru juga perlu melaporkan kehadiran harian murid kepada Penolong Kanan HEM dan Pembantu Tadbir (PT). Peranan guru data pula ialah membantu mengumpul, mengunci masuk datamemproses, menyimpan, mencetak, menghantar maklumat mengikut kaedah yang ditetapkan oleh KPM dalam pengurusan data atau modul dalam Sistem Pengurusan Sekolah (SPS). Kepentingan rekod murid adalah untuk memantau kemajuan murid, menjalin hubungan antara guru-ibu bapa, di mana kedua-dua pihak boleh menilai laporan kemajuan murid. Selain itu, membantu KPM mengenal pasti latar belakang dan pencapaian murid dalam satu kawasan. Kepentingan maklumat murid kepada guru ialah mengenal pasti keperluan murid berdasarkan latar belakang, pencapaian akademik, dan kehadiran. Di samping itu, untuk mengenal pasti murid yang memerlukan bimbingan khas dan bantuan kewangan. Guru juga dapat menentukan aktiviti atau pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan perkembangan, minat dan pencapaian murid.

   Kesediaan belajar ialah keadaan diri murid yang membolehkannya memperoleh pengalaman pembelajaran yang baharu. Kesediaan kognitif berkait rapat dengan mental untuk memahami dan juga berfikir. Perkembangan mental bergantung kepada umur seseorang. Kesediaan afektif berkait dengan sikap, keinginan, ketekunan, perasaan, minat dan nilai untuk menerima pelajaran yang akan disampaikan. Pelajar yang bersikap positif dan berminat terhadap pelajaran akan memainkan peranan yang aktif dan agresif dalam aktiviti itu. Kesediaan psikomotor merupakan penguasaan kemahiran  fizikal termasuklah perkembangan fizikal  merangkumi fungsi anggota dan pengawalan,penyelarasan, penggerak, di dalam seluruh tubuh badan. Penguasaan kesediaan psikomotor adalah bergantung kepada kesediaan kognitif serta kesediaan afektif pelajar. Cara guru meningkatkan motivasi murid dalam P&P ialahmemastikan murid memahami objektif pembelajaran, melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran, berinteraksi secara positif dengan rakan sebaya, pembelajaran yang berkaitan dengan kehidupan seharian dan minat murid. Selain itu memberikan masa kepada murid untuk menyiapkan tugasan atau berinteraksi. Guru memberi peluang kepada murid untuk mendapat pengalaman kejayaan dan menerima maklum balas yang tepat dan realistik.

Rujukan



Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim (2001).  Pengurusan Perkhidmatan Personalia Murid.                   Shah Alam, Selangor: Cerdik Pub.

http://www.polisas.edu.my/portal/images/stories/Mqa/Akta550.pdf

http://www.moe.gov.my/index.php/my/dasar-privasi/193-perkhidmatan-atas-talian/sepanjang-masa/1522-aplikasi-pangkalan-data-murid-apdm


No comments:

Post a Comment