Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


   Pengurusan bilik darjah berkait dengan cara yang digunakan untuk mengurus aktiviti pengajaransusunan fizikal, dankeadaan psikososial di dalam bilik darjah, bagi memastikan penggunaan masa yang efisien dan juga mewujudkan suasana pembelajaran yang mesra, sekali gus mengurangkan masalah tingkah laku (Alberto & Troutman, 1986). Selain itu, pengurusan bilik darjah juga merupakan proses yang melibatkan penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah, galakan komunikasi dan interaksi antara murid. Tujuannya ialah untuk memudah cara atau mengendalikan pembelajaran murid di dalam kelas. 

   Bilik darjah merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek murid, guru, ruang dan alat pembelajaran. Tugas mengajar guru mengandungi dua elemen utama iaitu penyampaian ilmu dan pengurusan bilik darjah. Tujuan dimensi penyampaian ilmu adalah untuk mencapai objektif pengajaran (jangka pendek) dan pencapaian akademik (jangka panjang) Sebagai contoh, teknik penyoalan, penilaian, perancangan, dan lain-lain. Tujuan pengurusan bilik darjah adalah untuk membentuk dan memelihara tingkah laku murid yang menyumbang kepada dimensi penyampaian ilmu. Sebagai contoh, memberi ganjaran, dan memupuk hubungan.

  Pengurusan bilik darjah yang berkesan ialah menggalakkan tingkah laku murid yang sesuai, membentuk suasana pembelajaran yang positif, menjalinkan hubungan interpersonal antara guru dengan murid dan murid dengan murid, menggunakan masa yang diperuntukkan untuk pembelajaran dengan optimum, meningkatkan penglibatan murid dalam aktiviti P&P, mengurangkan masalah disiplin, pengurusan rutin yang berkesan dan murid dapat belajar mengawal dan menguruskan diri sendiri.

Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. (1999). Profesionalisme Motivasi  Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur                    : Utusan Publications.


Haliza Hamzah. ( 2009 ). Pengurusan Bilik Darjah Dan Tingkah laku. Shah Alam, Selangor: Oxford                         Fajar.

https://www.academia.edu/7480264/Pengurusan_bilik_darjah_betul_

No comments:

Post a Comment