Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 7: PENGURUSAN SUMBER


      Pusat sumber bukan sekadar tempat malah ia juga adalah perkhidmatan, koleksi dan agen perubahan. Konsep Pusat Sumber ialah Suatu tempat yang memberikan suasana pembelajaran kendiri yang selesa dan perkhidmatan yang ditawarkan membolehkan pelanggan mendapat dan mengamal kemahiran dalam pembelajaran. Koleksi bahanyang disediakan lengkap dan dan sentiasa dikemaskini sejajar dengan perkembangan pendidikan. Agen perubahanyang dapat memupuk potensi dan minat pelanggan di bidang pembelajaran. Objektif Pusat Sumber diwujudkan adalah untuk kecemerlangan pendidikan, penggunaan kemudahan, pemupukan tabiat belajar, penghasilan bahan, perkhidmatan pembelajaran dan kemahiran maklumat.

    Fungsi Pusat Sumber ialah mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko-kurikulum, berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan dalam proses pembelajaran, tempat pemilihan dan penilaian bahan sebelum digunakan, pintu masuk maklumat dari agensi luar. Di samping itu, memudahkan murid untuk mendapatkan panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahkan maklumat keperluan kurikulum. Selain itu, menggalakkan aktiviti membaca dan kemahiran maklumatPengembangan kemahiran pembelajaran kendiri, penyedia keperluan terkini teknologi pendidikan dan menyedia perkhidmatan reprografi dan rakam salin.

     Ciri-ciri Pusat Sumber yang berkesan ialah warga sekolah tahu dan kenal pengurus PSS. Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti galakan penggunaan PSS, perkhidmatan dan koleksi digunakan dalam proses PdPc. Lokasi PSS di sewajarnya dibina di tengah-tengah kawasan sekolah agar mudah dan cepat dikunjungiWarga sekolah suka dan senang datang menggunakan PSS. Warga sekolah faham peranan PSS sebagai khidmat bantu kurikulumPusat Sumber mempunyai koleksi yang sesuai, mencukupi, terkini dan menarik .

  Komponen pembelajaran berasaskan sumber penggunaan buku teksaktiviti penelitianpencarian bahan dari pelbagai sumber, pelaksanaan latihan penyelesaian masalah dan penggunaan alat pandang dengar. Dasar pembelajaran berdasarkan sumber ialah pengajaran melalui kerja projek, pengajaran unit yang berintegrasi,pendekatan inter disiplin dan pembelajaran individu secara aktif. Ciri-ciri pembelajaran berasaskan sumber ialah aktiviti pembelajaran memberi penekanan kepada sumber pendidikan, melibatkan pelajar belajar secara aktif dengan menyajikan berbagai pendekatan tentang bahan pembelajaran, kaedah kerja dan saluran komunikasi, motivasi belajar akan dapat ditingkatkan. Seterusnya, memberi peluang kepada pelajar belajar mengikut keupayaan. Lebih fleksibel dalam penggunaan waktu dan ruang belajar Selain itu, mengembangkan sikap yakin kepada diri sendiri dan melatih kemahiran belajar sepanjang hayat.

Rujukan 

Kassim Abbas. (1989). Pusat Sumber Sekolah: Struktur Dan Organisasi. Kuala Lumpur:                      Utusan Publications & Distributors.

Faridah Abdul Manaff. (1993). Strategi Pusat Sumber Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur:                       Penerbit Fajar Bakti.


http://btpnkl.moe.gov.my/pkgsj/index.php/ms/30-buku-panduan-pengurusan-pusat-sumber-sekolah-abad-ke-21

No comments:

Post a Comment