Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 8 : PENGURUSAN DISIPLIN


        Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 menyatakan bahawa (Tanggungjawab guru besar atas disiplin)“Guru Besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah” dan bagi maksud itu hendaklah “mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu.”  Peraturan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959 menyatakan (Kuasa-Kuasa guru besar) iaitu bagi maksud menjaga disiplin dikalangan murid-murid, guru besar hendaklah mempunyai kuasa menjalankan hukuman-hukuman sekolah yang biasa sebagaimana perlu atau bermanfaat.

        Peraturan  6 Perwakilan kuasa oleh guru besar menyatakan guru besar sesebuah sekolah boleh dari semasa ke semasa, tertakluk kepada apa-apa syarat dan hal yang difikirkan patut mewakilkan kuasa disiplin sekolah dan kuasa menjalankan hukuman kepada guru-guru lain di sekolah itu atau kepada murid-murid yang ditetapkan olehnya bagi maksud itu tetapi yang disebut di atas tidak seorang pun guru atau murid boleh menjalankan kuasa itu melainkan dengan arahan tertentu dengan syarat bahawa kuasa menjalankan hukuman dera tidak boleh diwakilkan kepada mana-mana orang selain guru berdaftar.   Selain itu, terdapat beberapa surat pekeliling ikhtisas yang perlu dirujuk oleh guru terutamanya dalam pelaksanaan hukuman bagi memberi kesedaran tentang kepentingan berdisiplin kepada para pelajar. Hukuman yang tidak boleh dilaksanakan oleh guru ialah hukuman yang berbentuk penyeksaan,berbentuk cacianliar dan melampau.

   Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.10/2001: masalah disiplin mendapat perhatian Jemaah Menteri dan menyarankan supaya bilangan guru disiplin ditambah di sekolah-sekolah. Selain itu, semua guru hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid. Sistem E-SSDM v2.0 merupakan penambahbaikan sistem SSDM sedia ada. Sistem ini mementingkan amalan baik sebagai usaha menggalakkan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid-murid yang bakal mencorakkan negara pada masa hadapan. Di samping itu, dengan memasukkan elemen mata (markah) dalam sistem ini, status sahsiah seseorang murid boleh dinilai dan dibantu ke arah kecemerlangan budi pekerti. Tujuan penyimpanan rekod dan data disiplin murid adalah untuk membantu pihak sekolah dalam proses penentuan hukuman supaya selaras dengan Surat Pekeliling Ikhtisas serta peraturan-peraturan sedia ada, membantu pihak sekolah dalam memantapkan pengurusan disiplin selaras dengan perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi. Seterusnya, memastikan murid-murid yang melakukan kesalahan disiplin dibantu sepenuhnya oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling, menjalin rangkaian kerja yang jelas antara guru-guru, Ketua Guru Disiplin / GPK HEM, Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling, murid-murid dan penjaga.

Rujukan


1. Suhaimi Taat. (2012). Pengurusan Bilik Darjah Berkesan. Diperoleh                                             daripada http://eprints.ums.edu.my/4441/1/nc0000001734.pdf
  2. Aflah. (2017). Konsep Pengurusan Bilik Darjah. Diperoleh daripada                                   https://www.scribd.com/document/358759081/Nota-Edup304 

3. Kamal Abdul Rahman. (1988). Peraturan Pejabat. Segamat: Textbook Malaysia Sdn Bhd.

No comments:

Post a Comment