Followers

Saturday 20 April 2019

BAB 9 : PENGURUSAN DAN PENASIHATAN MURID


     Falsafah Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menyatakan bahawasanya setiap pelajar mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Semua guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa hendaklah dikecualikan daripada beban tugas mengajar secara tetap dan berjadual.
   
        Fokus Unit Bimbingan & Kaunseling ialah pembangunan dan perkembangan sahsiah diri murid, peningkatan disiplin murid, pengurusan akademik dan kerjaya. Guru Bimbingan dan Kaunseling perlu menyediakan Laporan Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling (LPBK). Antara program yang dilaksanakan oleh guru Bimbingan dan Kaunseling ialah Amalan Guru Penyayang melalui program mentor dan mentee. Seterusnya, pelaksanaan Program Minda Sihat dengan melakukan Saringan DASS, Saringan Coping Style, dan Saringan masalah murid. Pendidikan Kerjaya juga diberikan kepada murid melalui ujian-ujian inventori kerjaya. Guru Bimbingan dan Kaunseling mendukung Dasar Warga Emas Negara (DWEN) melalui aktiviti kesukarelawanan, dan program warga emas angkat.

     Pembangunan dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid bermatlamat untuk memupuk perkembangan personaliti diri positif seperti sikap penyayang, berbudi bahasa, kepimpinan, kekemasan diri, dan ketepatan masa. Kaedah yang dilaksanakan ialah kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok, konsultasi dan ceramah. Peningkatan Disiplin Murid bermatlamat untuk memupuk disiplin murid melalui intervensi bagi mencegah pelanggaran disiplin secara berterusan. Kaedahnya ialah Sistem fail (SSDM), perkongsian, kaunseling individu, kaunseling kelompok, bimbingan individu, bimbingan kelompok, konsultasi dan ceramah.
   
       Pengurusan Akademik dan Kerjaya bermatlamat untuk memberi pendedahan dan bimbingan mengenai peluang pendidikan dan hala tuju kerjaya. Kaedah yang boleh dilaksanakan adalah melalui bimbingan individu, bimbingan kelompok, ceramah, forum, seminar dan pertandingan. Psikososial dan Kesejahteraan Mental bermatlamat untuk membimbing murid agar mampu mengurus dan mengekalkan kesejahteraan diri dan mental. Kaedah yang digunakan ialah melalui bimbingan kelompok, bimbingan individu, bengkel atau seminar, perkhemahan, Pembimbing Rakan Sebaya, taklimat dan inventori.

Rujukan

1.      Tingkahlaku dan Disiplin
              https://www.scribd.com/document/207093727/tingkah-laku-dan-disiplin
      2.     Ang Jit Eng. (2007). Pengurusan disiplin murid. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing.


      3.     Pengurusan Tingkahlaku dan Disiplin Murid 
             https://www.coursehero.com/file/17659854/8-Pengurusan-tingkahlaku-dandisiplin-murid/

No comments:

Post a Comment